Sukar lupa peristiwa ketika bertugas dengan Uda pada 1973 Sebaik menamatkan pengajian di UM beliau menyertai Jabatan Perdana Menteri sebagai pegawai penyelidik tetapi hanya untuk seketika apabila memutuskan untuk menyertai Perbadanan Pembangunan Bandar (Uda) pada 1973.
“Peristiwa paling tidak dapat saya lupakan ketika itu ialah apabila saya dibantu isteri pergi ke Jalan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mengira jumlah kedai dan mengambil nama pemilik kedai.
“Waktu itu Allahyarham Tun Abdul Razak mahu menyusun semula masyarakat Melayu dan mahu membabitkan sekurang-kurangnya 30 peratus Bumiputera dalam perniagaan.
“Lebih sebulan saya dan isteri berulang alik ke Jalan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Uda diberikan tugas besar ketika itu dan sebagai pegawai bertanggungjawab saya melakukan sendiri semua tugas yang diamanahkan,” katanya.
Pada 1975, Abdul Rahim menjadi Pengurus Projek Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, sebelum menjadi Ahli Parlimen pada 1978, Setiausaha Parlimen pada 1978 hingga 1981 dan Ketua Menteri Melaka sejak 1982 hingga 1994.
Abdul Rahim yang mendirikan rumah tangga dengan Zabedah pada 31 Ogos 1974 dikurniakan empat cahaya mata, tiga perempuan, Zetty Juyanty, Tutty Rahiza, Petty Diyana dan seorang lelaki, Rahimy, yang semuanya sedang menuntut di luar negara. Terima Kasih Berita Harian
it's ZETTY JUYANTY, TUTTY RAHIZA, PETTY DIYANA & RAHIMY.
thank you very much.