TERDIDIK SEBAGAI PEMIMPIN SEJAK DI UM
Pernah menyertai demontrasi pelajar di UM
Peristiwa tidak dapat dilupakan beliau ketika menjadi penuntut di institusi pengajian tinggi ialah ketika menyertai demontrasi lawatan bekas Perdana Menteri Thailand, Thanom Kittikachorn pada 14 Jun 1971, sebagai membantah penindasan terhadap umat Islam di Selatan Thailand.

“Waktu itu tak banyak jalan di Kuala Lumpur dan rombongan yang membawa bekas Perdana Menteri Thailand itu perlu melalui Masjid Ar Rahman UM. Pasukan keselamatan cuba meleraikan demontrasi dan tercetus kekecohan apabila ramai yang ditangkap serta dipukul dengan baton kerana enggan bersurai sehingga berdarah di badan dan kepala.

“Mujur saya sempat lari dan sebuah bas yang kebetulan lalu menjadi penyelamat apabila saya sempat melompat ke dalam bas berkenaan ketika dikejar dua anggota polis.

“Waktu itu semua yang ditangkap ditarik balik biasiswa, tetapi oleh kerana saya sempat melarikan diri dan tidak ditangkap, jadi saya terselamat,” katanya.

Ketika di UM, beliau pernah menyumbang hasil penulisannya ke Dewan Masyarakat dan enam keratan rencana mengenai ekonomi ditulisnya yang tersiar di majalah berkenaan masih disimpan sehingga hari ini.

Terima Kasih Berita Harian
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan