BELAJAR SILAT KERANA JADI PENGAWAS SEKOLAH

Tangkap pelajar main terup - Rahim diugut
Ketika menjadi pengawas di Sekolah Dato Sri Amar Diraja Muar, saya menangkap seorang pelajar yang main daun terup dalam kelas ketika waktu rehat.

“Saya arahkan pelajar itu mengikat kasut di leher dan berlari keliling padang. Selepas tamat kelas pada hari itu, sekumpulan enam pelajar menunggu saya di luar sekolah untuk menuntut bela terhadap rakan mereka yang dihukum.

“Mujur ada dua rakan saya yang juga ahli silat jadi penyelamat dan memberi amaran kepada kumpulan pelajar terbabit supaya jangan ganggu saya. Mereka takut kerana tahu dua rakan saya itu memang pakar silat dan mereka terus lari,” kata Abdul Rahim yang juga menuntut ilmu persilatan kalimah di Muar ketika itu.

Abdul Rahim dilantik menjadi ketua pengawas ketika di Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Ghafar Baba, Masjid Tanah, dan apabila melanjutan pelajaran ke Tingkatan Enam di Sekolah Dato Sri Amar Diraja Muar, beliau sekali lagi dilantik menjadi ketua pengawas.

Kualiti kepimpinan beliau diwarisi daripada bapanya, Datuk Rahim Thamby Chik Karim iaitu bekas guru besar sebelum menceburi politik, menjadi wakil rakyat dan Exco Melaka, serta ibunya, Datin Habsah Hassan, seorang guru sekolah.

Biarpun agak nakal dan pernah ponteng kelas ketika di sekolah rendah tetapi tindakan tegas ibunya yang memang terkenal dengan sikap garang menyebabkan beliau jauh berubah ketika memasuki sekolah menengah, sehingga menjadi ulat buku dan sentiasa mencabar diri untuk mencatat keputusan cemerlang.

“Ayah saya ialah pemimpin Melayu pertama mendapat gelaran Datuk di Melaka apabila dikurniakan pingat Datuk Kurnia Setia Jasa (DKSJ) dan menjadi wakil rakyat sejak merdeka pada 1957 dan beliau sering membawa saya bersama ketika mengadakan ceramah politik.

“Saya suka ikut ayah selepas waktu sekolah. Saya ikut ayah mengadakan ceramah di dewan, padang, masjid, surau dan majlis rasmi. Dari situ minat saya dalam politik mula berputik,” katanya

Pengalaman di asrama sejak Tingkatan Satu, biarpun Sekolah Menengah Gafar Baba cuma tiga batu jaraknya dari rumah, banyak mendidiknya supaya hidup berdisiplin dan berdikari.

“Saya sendiri nak duduk di asrama kerana waktu itu saya cenderung untuk memperbaiki prestasi dalam pelajaran. Masa itulah saya tunjukkan kualiti kepimpinan.

“Saya mewakili Melaka dalam pertandingan debat peringkat kebangsaan di Universiti Malaya (UM) ketika di Tingkatan empat.

Saya juga wakil sekolah dalam pertandingan lari pecut, lari berpagar dan lompat jauh. Banyak pingat saya menangi ketika itu,” katanya.

Terima Kasih Berita Harian
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan