PERNAH HERDIK DR MAHATHIR
"Kecut perut dan menggigil seluruh badan apabila mendapat tahu orang yang saya herdik di telefon sebenarnya Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri"

Pengalaman pada 1978 itu tidak dapat beliau lupakan sehingga hari ini, selain sejarah hitam beliau terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka pada 1994, berikutan isu skandal rasuah dan dakwaan terbabit dengan gadis bawah umur.

“Ketika itu saya berusia 28 tahun. Saya menerima panggilan telefon pada satu malam dan seorang lelaki bertanya beberapa kali: “Itu Abdul Rahim Tamby Chik ke…betul ke Abdul Rahim Tamby Chik.” Banyak kali dia ulang pertanyaan sama sehingga saya marah.

“Selepas saya meninggikan suara, baru dia memperkenalkan dirinya sebagai Dr Mahathir. Sebaik mendengar nama itu saya tiba-tiba kecut perut, nak terkencing, gugup dan gemuruh.

“Bayangkanlah orang yang saya herdik ialah Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Selepas itu beliau memaklumkan kepada saya bahawa Perdana Menteri (Tun Hussein Onn) bersetuju melantik saya menjadi Setiausaha Parlimen. Seminggu selepas itu, nama saya diumumkan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Utama.” Katanya menceritakan detik paling tidak dapat dilupakan dalam kerjaya politiknya.

Kali kedua mukanya merah padam apabila ditegur Dr Mahathir ketika mesyuarat kerana tidak memasang butang baju paling atas sewaktu menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada 1980.

“Spontan Dr Mahathir kata, kalau nak dihormati oleh pegawai kerajaan, kena ada disiplin, kena pakaian kemas. Sejak itu saya berubah dan hari-hari pakai tie (tali leher) pergi kerja,” katanya.

Terima Kasih Berita Harian
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan