DI ROTAN SEBAB SUKA PIKAT BURUNG
Sejak berusia enam tahun sehinggalah ke Darjah Enam, rutin hariannya bersama teman sekampung memikat burung menggunakan getah pokok jelutong yang diletakkan dekat sangkar.

Malah Tan Sri Rahim Tamby Chik sanggup ponteng kelas semata-mata kerana kegilaan memikat burung hingga menyebabkan kedudukannya dalam peperiksaan pada zaman kanak-kanak, sering di tempat tercorot.

Perbuatannya ponteng kelas akhirnya terbongkar apabila pada satu hari ibunya secara senyap-senyap mengekorinya.

“Ketika itu saya dalam Darjah Enam. Saya ponteng kelas dan pergi ke sawah nak pikat burung. Ibu kejar saya dengan rotan. Apa lagi, betul-betul teruk saya dikerjakan oleh arwah ibu,” kata bekas Ketua Menteri Melaka itu ketika menceritakan zaman kanak-kanaknya

Pengalaman dibelasah teruk oleh ibunya di tengah sawah dan di hadapan kawan sekampung ketika berusia 12 tahun, bukan saja meninggalkan kesan lebam di badan, malah menimbul keinsafan mendalam di sanubarinya.

Ibunya, Datin Habsah Hassan (Allahyarham), naik berang apabila mendapat tahu beliau ponteng kelas semata-mata kerana mahu memikat burung di sawah.

“Saya amat terhutang budi pada ibu saya. Ibu saya telah merubah segala-galanya. Tindakan keras yang diambilnya benar-benar meninggalkan kesan mendalam dalam diri saya.

“Sejak hari itu saya serik, tidak berani lagi ponteng kelas walaupun saya masih meneruskan kegiatan menangkap burung.

“Cuma saya pastikan minat itu tidak mengganggu pelajaran. Sejak itu juga saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Hasilnya saya mendapat tempat pertama dalam kelas.

“Lebih menggembirakan, ayah saya ketika itu Exco kerajaan negeri dan wakil rakyat, datang ke sekolah saya, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Masjid Tanah, untuk menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang,: katanya.

Terima Kasih Berita Harian
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan