SIASAT TNB JIKA PINGGIR BUMIPUTERA
Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mahu Tenaga Nasional Berhad (TNB) disiasat sekiranya terbukti syarikat itu meminggirkan usahawan bumiputera yang layak dapat kontrak.

Gabem mahu supaya satu siasatan dijalankan secara menyeluruh terutama berkaitan dengan panel pemilihan kontraktor serta garis panduan yang digunakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan.

Setiap syarikat GLC harus sedar bahawa usahawan bumiputera yang layak harus diberi peluang menerima kontrak dan ia merupakan satu usaha berterusan.

Jika benar dakwaan TNB meminggirkan usahawan bumiputera, ini bermakna TNB telah melakukan satu perkara yang bertentangan dengan polisi kerajaan selama ini dan satu siasatan perlu dilakukan.

Sebagai GLC, TNB harus berperanan lebih aktif untuk memperkasakan agenda Melayu.

Antara peranan terpentingnya ialah menawarkan peluang-peluang kontrak kepada usahawan bumiputera yang layak.

Saya merasakan gesaan Pergerakan Pemuda UMNO supaya TNB mengkaji semula perlaksanaan Polisi Kontrak Pembekalan iaitu dasar yang mewajibkan pembekal syarikat GLC itu menjalinkan kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan yang dihentikan di bawah pentadbiran masa kini.

Ia adalah rentetan daripada sepucuk surat dalam Forum Utusan Malaysia yang mengutarakan kekesalan dengan penghentian polisi tersebut.

Pembaca tersebut `Usahawan Musykil' menegaskan, TNB harus lebih prihatin kepada pedagang Melayu dalam usaha mencapai pelaksanaan Agenda Nasional Baru.

Saya rasa ketetapan sebelum ini telah pun diambil iaitu pembabitan golongan bumiputera dalam bidang keusahawanan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa

Terima kasih Utusan Malaysia
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan