GABEM UNTUK MANTAP EKONOMI MELAYU

GAGASAN Badan Ekonomi Melayu (Gabem) telah dibentuk Februari lalu adalah salah satu daripada usaha Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk melibatkan badan-badan ekonomi dan para pemikir ekonomi Melayu ke arah memperkasa agenda-agenda berkaitan ekonomi Melayu dengan melibatkan rakyat seluruhnya.

Ini bermakna agenda ekonomi sepatutnya bukan tugas kerajaan sahaja, sekarang rakyat sendiri perlu dibangkitkan dan membangunkan ekonomi supaya mereka turut menyertai dalam memperkasakan ekonomi orang Melayu.

Oleh kerana itu Gabem akan bertindak sebagai badan bukan kerajaan (NGO), namun ia disokong penuh oleh MT UMNO. MT UMNO telah pun melantik saya sebagai Pengerusi Gabem.

Peranan Gabem bukan sahaja bekerjasama dengan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu bahkan ia akan berpakat dengan semua peniaga Melayu. Tiada soal bersaing atau bertindih peranan. Ini kerana Gabem akan menjadi penyalur kepada suara-suara ekonomi orang Melayu kepada MT UMNO.

Jadi, Gabem adalah NGO yang mempunyai pentas terbaik untuk mengemukakan isu kerana di dalam forum MT UMNO itu ada presiden parti yang juga Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri Melayu yang akan mendengar dan mencari jalan penyelesaian kemelut ekonomi Melayu.

Banyak NGO mengadu biasanya memorandum yang dihantar kepada kerajaan tiada maklum balas. Ini kerana, mereka tidak guna saluran politik sebaliknya jentera lain yang ada birokrasi. Oleh sebab itu, Gabem menggunakan saluran politik - terus kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri Melayu untuk mengambil tindakan tanpa saluran birokrasi.

Ini adalah satu langkah untuk bersiap sedia menjelang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), tentang satu pendekatan baru politik untuk memperkasakan agenda Melayu.

Gabem datang dari bawah. Dahulu kebanyakan kehendak datang dari atas. Gabem bukan bersaing dengan syarikat Melayu, persatuan atau NGO ekonomi Melayu. Tapi kita macam satu konsortium, bersama dalam satu forum untuk mencapai ke arah perjuangan yang lebih tepat.

Tugas Gabem yang diamanahkan kepada saya adalah memantau ketirisan tidak berlaku.

Dari segi perjuangan untuk menyampai hasrat dan cita-cita ekonomi orang Melayu, Gabem merupakan jambatan paling berkesan. Oleh itu, Gabem dijadual akan dilancarkan penubuhannya pada awal April ini oleh Perdana Menteri.

Ada empat program dalam mencapai matlamat Gabem.

Pertama merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

Kedua membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Ketiga meningkatkan taraf ekonomi menerusi transformasi sikap, minda dan budaya kerja.

Keempat, gerakan inovasi ekonomi bumiputera.

Untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum, Gabem akan mengkaji sejauh mana dasar ekonomi negara dapat merapatkan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan kaum lain khususnya dari segi pendapatan isi rumah, pemegangan ekuiti, pemilikan harta, guna tenaga dan produktiviti.

Sejauh mana dasar itu berkesan, apa permasalahannya dari segi pelaksanaan dan apa penambahbaikan yang boleh dibuat.

Saya nampak, apabila tidak ada dasar, kita akan mencadangkan dasar. Bila ada dasar, kita akan lihat sejauh mana dasar itu dilaksanakan dan kesannya.

Kalau ada kelemahan, kita akan maklumkan kepada kerajaan melalui MT UMNO tentang kelemahan-kelemahan untuk diperbaiki.

Seterusnya kita harus memantau dari segi perbezaan jurang dan keberkesanan jentera kerajaan dalam meningkatkan taraf ekonomi Melayu. Kita tahu, jentera kerajaan adalah segala-galanya untuk mencapai matlamat ekonomi Melayu ini.

Saya ingat lagi, pada zaman Tun Abdul Razak dahulu, ketua-ketua dan para pegawai kerajaan memikirkan apa yang tidak difikirkan oleh ahli politik untuk membantu orang Melayu, maka wujud semangat Dasar Ekonomi Baru.

Tetapi sekarang di jabatan kerajaan wujud pula kerenah birokrasi, kurang komitmen dan integriti pegawai kerajaan sudah mula dibualkan oleh orang ramai.

Gabem lebih pentingkan penyelesaian bukannya permasalahan. Kita akan lihat di mana tempat tidak berkesan dan bagaimana hendak atasi ketidakberkesanan.

Oleh kerana itu, kita akan tubuhkan institusi Melayu sepanjang hayat seperti mana Majlis Amanah Rakyat (Mara), UDA, semua yang berkaitan dengan orang Melayu, agensi berkaitan dengan pertanian dan sebagainya.

Agenda kedua Gabem ialah berkaitan membangunkan Masyarakat Perdagangan Perindustrian Bumiputera. Agendanya terus kepada sasaran membina usahawan. Program pembaharuan MPPB ialah meningkatkan bilangan syarikat bumiputera yang berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kalau hendak ukur satu bangsa dengan kejayaan di seluruh dunia, penyenaraian adalah ukuran pertama.

Jadi, kita hendak cari bagaimana Gabem boleh pertingkatkan bilangan syarikat bumiputera yang berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia.

Adalah penting untuk orang Melayu mendapat peluang pekerjaan, maka mereka perlu mengawal syarikat-syarikat besar. Kerana mereka boleh kawal dari segi dasar pengambilan pekerja.

Kalau syarikat bumiputera menjadi besar dan banyak, siswazah yang menganggur boleh mencari kerja di mana-mana tempat majikan Melayu.

Kerajaan sudah menubuhkan Bank SMI, tapi apakah Melayu yang dapat faedahnya? Apakah Melayu yang berlumba-lumba untuk mendapatkan peluang berniaga? Ataupun apakah Melayu yang dapat peluang akan mensia-siakan peluang? Ini semua hendak dikaji oleh Gabem.

Kita mahu pastikan pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera. Melalui SMI yang kecil tetapi bilangannya banyak, ia boleh menyediakan banyak peluang pekerjaan. Kalau sebuah SMI bumiputera contohnya, boleh mewujudkan empat pekerjaan, jika terdapat 100,000 SMI bumiputera yang kuat, maka 400,000 peluang pekerjaan boleh diwujudkan.

Dalam membangunkan MPPB, Gabem mahu wujudkan inkubator dan mentor usahawan.

Kita tahu salah satu cara untuk melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya adalah melalui inkubator dan mentor.

Kalau sesebuah syarikat itu melalui inkubator, dia lebih berpeluang untuk terus hidup dalam perniagaan. Tetapi kalau usahawan itu tidak melalui inkubator, 80 peratus akan tutup perniagaan dalam masa lima tahun.

Tetapi konsep inkubator di Malaysia masih jauh berbeza daripada konsep inkubator di negara maju.

Gabem hendak membuat pembaharuan. Kalau di negara maju, ia membantu dari segi pemasaran, ia sokong juga dari segi inovasi. Tempat kita hanya beri bantuan dari segi pejabat dan sokongan urus setia sahaja.

Jadi, pertama kita hendak pertingkatkan penghayatan dan konsep inkubator. Kedua, siswazah-siswazah yang menganggur kalau berniaga, kita ingin beri keyakinan yang mereka akan berjaya. Kalau ramai yang tidak berjaya, nanti semua siswazah takut menceburi perniagaan.

Gabem juga ingin memupuk budaya dan ilmu keusahawanan. Kita perlu pupuk daripada peringkat sekolah sampai ke peringkat universiti.

Kerana budaya ilmu dan keusahawanan ini sudah jadi warisan turun-temurun bagi kaum lain. Sedangkan orang Melayu diasuh daripada dulu-dulu lagi cari ijazah, diploma, lepas itu kerja dengan kerajaan. Inilah yang dicanaikan oleh datuk moyang dan kemudian ibu bapa kita.

Kita hendak ubah. Bila dapat ijazah, berniaga dan jadi majikan. Wujudkan peluang pekerjaan dan dapat membangun, membela bangsa dan negara kita.

Perkara melibatkan perubahan besar minda ini akan dibuat dengan kerjasama sekolah dan universiti.

Program ketiga Gabem ialah meningkatkan taraf ekonomi Melayu menerusi transformasi sikap, minda dan budaya kerja. Ia boleh dilakukan melalui kempen kesedaran menerusi media.

Semua ejen perubahan baik guru, imam, ketua kampung dan semua yang boleh bawa perubahan kepada orang Melayu biasanya lebih menekankan soal politik, sosial dan kurang peka terhadap isu ekonomi.

Gabem mahu ejen perubahan ini aktif dan peka terhadap isu ekonomi dan sama-sama membantu orang Melayu ke arah menangani isu-isu itu dengan kerjasama kerajaan.

Saya menyeru semua NGO dan badan ekonomi Melayu menyertai Majlis Perunding Gabem.

Di bawah Gabem ada pemegang amanah, ada majlis perunding, ada biro-biro lain lagi. Macam-macam boleh daftar di dalam ini untuk jadi ahli.

Setiap pandangan baik daripada individu, pemikir atau mereka yang ada minat atau sekecil-kecilnya persatuan penjaja, kita menyediakan strategi.

Kalau dia jatuh dalam strategi, kita akan menangkan dia balik, memperkukuhkan dia lagi dalam strategi membangunkan orang Melayu.

Saya katakana, Ini adalah rancangan yang paling unik datang dari akar umbi walaupun idea Gabem ini lahir dari UMNO, tapi idea asal datang daripada bawah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan