GABEM sambut baik penubuhan Yayasan Hartanah Bumiputera
Gabem melihat penubuhan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera mampu memacu `enjin' ekonomi Bumiputera secara lebih berkesan sekali gus menjadikan mereka lebih kuat dan berdaya saing.

Suntikan modal sebanyak RM2 bilion melalui yayasan itu bukan sahaja mampu merancakkan kegiatan ekonomi Bumiputera secara terancang, malah berupaya meningkatkan pemilikan nilai kekayaan ekonomi negara oleh golongan itu pada masa depan.

Yayasan yang berlandaskan kepentingan kaum bumiputera tersebut mampu meningkatkan peratusan ekonomi milik bumiputera di kawasan bandar yang kini lebih dikuasai oleh bukan bumiputera.

Sama ada di bandar mahu pun luar bandar, hartanah milik bumiputera `hilang' kerana dimajukan sebagai premis perumahan yang kemudiannya dijual semula kepada bukan bumiputera.

Apabila menilai pemilikan ekonomi, ramai di kalangan bumiputera dilihat menjadi pemegang saham dalam sektor korporat tetapi tidak begitu ramai menjadi pemegang hartanah.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan Bajet 2006 pada mengumumkan penubuhan yayasan tersebut sebagai strategi meningkatkan pemilikan bumiputera dalam sektor hartanah.

Perdana Menteri berkata, yayasan yang diberi suntikan modal sebanyak RM2 bilion itu diharap dapat menyediakan lebih banyak ruang perniagaan strategik usahawan Bumiputera di samping menjamin nilai pemilihan hartanah golongan itu.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan