KUKUHKAN PERPADUAN DALAM UMNO
JOHOR BAHRU 14 Mei - Perpaduan yang kukuh dalam UMNO perlu terus dipertingkat dari masa ke semasa supaya perjuangan generasi terdahulu bagi mengangkat maruah bangsa Melayu dapat dicapai sepenuhnya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, kekuatan dalam parti sebenarnya bermula dari peringkat akar umbi dengan setiap ahli UMNO perlu menghayati sedalamnya matlamat dan tujuan perjuangan.

``Asas yang kukuh dapat menjamin kesinambungan yang berterusan dan ini akan memantapkan lagi usaha kita untuk menjadikan bangsa Melayu sebagai satu bangsa yang tersohor di dunia,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pemantapan Kepimpinan Akar Umbi Ke-2 di Dewan Raya, Taman Pelangi Indah, di sini hari ini. Kira-kira 500 ahli UMNO Bahagian Tebrau mengikuti program tersebut dianjurkan oleh Biro Penerangan dan Latihan UMNO Bahagian Tebrau dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Johor.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Maulizan Bujang yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau dan Pengarah JASA Johor, Dr. Gunawan Mahmood.

Menurut Abdul Rahim, ahli-ahli parti diingatkan untuk tidak terlalu mengejar wang ringgit serta pangkat, sebaliknya mereka perlu ikhlas berjuang demi bangsa, agama dan negara. Beliau menggariskan tiga prinsip utama yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin dan pengikut parti UMNO iaitu keikhlasan, kebijaksanaan dan kesetiaan.

``Apabila kita mendapat pemimpin yang baik, kita juga memerlukan pengikut yang baik agar mereka semua dapat menjadi ejen-ejen perubahan untuk memajukan lagi bangsa Melayu,'' katanya.

Jelasnya, gagasan yang dibentuk oleh UMNO sejak 60 tahun lalu dapat dipelihara hingga kini kerana ahli parti terdahulu menyedari perjuangan yang mereka pikul itu merupakan satu amanah bangsa.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan