PERASMIAN GABEM - USAHAWAN MELAYU DIJEMPUT HADIR
Usahawan dan peniaga Melayu seluruh negara dipelawa menghadiri majlis perasmian Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang akan diadakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra pada 6 Jun 2006.
Selaku Pengerusi Gabem, saya menyeru peniaga dan usahawan Melayu tampil memperlihatkan sokongan dan perpaduan mereka terhadap Gabem, yang bermatlamat menyatukan golongan ini di bawah satu bumbung.
Perasmian Gabem akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini juga, akan menjadi satu titik tolak perubahan terhadap dunia ekonomi orang Melayu di negara ini.
Peniaga dan usahawan Melayu perlu hadir di majlis ini kerana Gabem ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib mereka.
Gabem ditubuhkan hasil perbincangan Majlis Tertinggi UMNO dengan tujuan untuk memastikan pembangunan tahap ekonomi orang Melayu setanding dengan bangsa lain di dunia. Penubuhan Gabem juga dilihat sebagai salah satu rangka usaha memperkasakan agenda Melayu dari sudut ekonomi serta persiapan stategi ekonomi Melayu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Bagi saya penubuhan Gabem akan membolehkan semua badan ekonomi Melayu di negara ini digabungkan melalui satu badan induk yang akan memudahkan pembangunan tahap ekonomi orang Melayu di negara ini.
Gabem beroperasi sebagai badan induk kepada semua persatuan dan kumpulan ekonomi Melayu di seluruh negara yang kini berjumlah hampir 1,200 selain turut disertai 10,000 syarikat.
Penubuhan Gabem bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara ini. Pada masa ini kebanyakan badan ekonomi Melayu termasuk Dewan Perniagaan Melayu dan Persatuan Kontraktor Bumiputera bergerak secara berasingan memandangkan tidak terdapatnya sebuah badan induk bagi menyelaraskan aktiviti mereka.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan