BAJET 2007 TINGKAT PENDAPATAN RAKYAT

MELAKA 3 Sept. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyifatkan Bajet 2007 sebagai adil dan dapat meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau berkata, pengagihan di bawah bajet ini turut melegakan hati banyak pihak seperti orang kampung, ahli perniagaan dan kakitangan awam yang berpendapatan rendah.

Jelasnya, insentif yang diberi kepada ahli perniagaan kecil dan sederhana di negara ini dijangka dapat merangsang peningkatan pertumbuhan ekonomi negara kepada lebih enam peratus pada tahun hadapan.

“Saya percaya semua pihak menyambut baik dan berasa gembira dengan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui pembentangan Bajet 2007.

“Kerajaan ingin memberi laluan dan peluang yang baik kepada rakyat yang berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka,” katanya yang juga Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ceramah isu-isu semasa bersama UMNO cawangan Pandan Jaya, di sini semalam.

Abdul Rahim menambah, beliau percaya rakyat di negara ini akan mula sedar dan menghargai pemberian kerajaan serta memanfaatkan langkah-langkah, program dan insentif yang diperuntukkan kepada mereka di bawah Bajet 2007.

Beliau berharap rakyat dapat menunjukkan tanda terima kasih dan kesyukuran mereka kepada kerajaan dengan cara bekerja lebih kuat dan berkesan.

“Rakyat perlu menjayakan lagi dasar-dasar kerajaan yang penting seperti pembangunan modal insan selain memikul segala amanah serta tanggung jawab yang diberi kepada mereka.

“Mereka perlu buktikan melalui Bajet 2007 ini, walaupun menghadapi pelbagai cabaran ekonomi yang sedang menekan dari dalam dan luar negara, kita perlu pastikan ekonomi kita membangun dan memberi hasil yang begitu baik dari segi usaha meningkatkan kemakmuran rakyat,” ujarnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan