MALAYSIA DICADANG BAWA KES SERANGAN ISRAEL KE ICJ

KUALA LUMPUR 16 Julai 2006 – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Tambychik mencadangkan supaya Malaysia membawa kes serangan tentera rejim Israel ke atas Lebanon ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Beliau berkata, selaku Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Malaysia boleh mengambil inisiatif tersebut bagi membantu Lebanon yang kini menjadi sasaran terbaru serangan tentera negara Yahudi itu.

“Ini berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang telah menggunakan kuasa veto bagi menghalang sebarang usaha perdamaian dan pemberhentian segera serangan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Abdul Rahim yang juga Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) berkata, tindakan merujuk serangan Israel keatas Lebanon itu ke ICJ adalah untuk mendapatkan keputusan bahawa serangan tersebut adalah satu tindakan haram daripada segi undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata, usaha itu juga untuk meminta Israel membayar segala ganti rugi diatas kemusnahan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan negara Lebanon akibat tindakan ganas tentera mereka.

Katanya, jika Malaysia mengambil inisiatif tersebut, iaitu merujuk serangan Israel keatas Lebanon ke ICJ, ia merupakan usaha terpuji kerajaan bagi membantu rakyat dan negara di Timur Tengah itu.

Malah, beliau yakin usaha tersebut akan mendapat penghargaan masyarakat dunia khususnya OIC sendiri.

“Walaupun keputusan ICJ itu kelak diingkari oleh Israel, tetapi ia satu pernyataan masyarakat antarabangsa terhadap perbuatan terkutuk Israel menjahanamkan negara Lebanon.

“Keputusan itu juga boleh mempengaruhi masyarakat dunia khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari usaha perdamaian dan menghukum Israel supaya membayar pampasan,” jelas beliau.

Kelmarin, tentera Israel memperhebatkan serangan udara ke atas Lebanon dengan membedil jambatan, lapangan terbang dan lebuh raya utama.
Pada masa sama, resolusi tajaan Arab untuk menuntut Israel menghentikan keganasannya di Genting Gaza itu gagal apabila Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto.

Duta AS ke PBB, John Bolton berkata, draf resolusi yang ditaja oleh Qatar itu yang mengutuk rejim Zionis sebagai berat sebelah dan akan memburukan lagi ketegangan di rantau berkenaan jika diluluskan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan