GABEM AKAN KEMUKAKAN SYOR EDAM KEPADA PERDANA MENTERI
KUALA LUMPUR 16 Julai 2006 – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) akan membawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi cadangan Persatuan Pengedar Edaran Otomobil Nasional Malaysia (Edam) supaya EON Berhad dan Proton Edar Sdn Bhd digabungkan.

Pengerusi GABEM, Tan Sri Abdul Rahim Tambychik berkata, cadangan penggabungan itu dilihat sebagai satu tindakan yang sesuai pada masa ini dalam usaha mengurangkan saingan sesama sendiri antara hampir 400 pengedar dari EON, Proton Edar dan wakil pengedar lain.

“Saya, berharap masalah ‘bergaduh sesama sendiri’ antara pengedar-pengedar, termasuk ahli Edam sendiri dapat diatasi,

“Pengurangan jumlah pengedar atau penggabungan juga dapat mengukuhkan cara pengurusan lebih cekap,” katanya selepas melancarkan mesyuarat agung kelapan Edam di sini semalam.

Sebelum itu, Presiden Edam, Datuk Ismail Din dalam ucapannya pada mesyuarat itu mencadangkan supaya EON dan Proton Edar bergabung bagi mengurangkan persaingan sesama pengedar yang kini dilihat semakin sengit berikutan pengenalan Dasar Automotif Nasional (DAN) baru-baru ini.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Rahim menyentuh tentang pentingnya sikap patriotisme ekonomi di kalangan rakyat Malaysia seperti rakyat Jepun dan Korea yang bangga dan memilih barang buatan nasional daripada buatan asing.

“Untuk itu, kualiti produk Proton perlu ditingkatkan supaya diiktiraf dan menjadi kebanggaan rakyat tetapi kejayaan Proton juga sebahagian besarnya bergantung kepada usaha pengedar dalam penjualan (kereta proton) kepada pengguna,” ujarnya
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan