DPMMNS SOKONG PENUBUHAN GABEM
KEWUJUDAN Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan oleh Majlis Tertinggi UMNO merupakan langkah drastik dalam usaha merealisasikan apa yang diharapkan oleh seluruh umat Melayu di negara ini.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMNS) yang merupakan pertubuhan yang membantu usahawan Melayu dari pelbagai aspek termasuk pengetahuan serta latihan dan peluang perniagaan yang baru, amat bersetuju dan menyokong penubuhan GABEM.

GABEM yang menyandarkan matlamat membentuk ‘mobilisasi permuafakatan pemimpin Melayu, badan ekonomi Melayu, tokoh korporat Melayu dan sarjana ekonomi Melayu ke arah memperkasakan ekonomi Melayu menuju Malaysia Maju 2020’ dilihat amat sinonim dengan keadaan sekarang.

DPMMS juga percaya dan yakin ia akan mampu digerakkan secara efektif dengan gandingan tenaga profesional yang menganggotai Majlis Kerja Pusat, Majlis Perundingan dan Majlis Pemuafakatan GABEM yang telah dibentuk.

Meskipun belum bergerak sepenuhnya, GABEM telah menyusun atur beberapa langkah yang boleh dianggap konkrit dan bakal dilaksanakan seperti panel sarjana ekonomi desa, laman web inovasiniaga.com.my, sekretariat perniagaan muslim global, skim juru bimbing niaga dan skim jejak jaya ke Bursa Malaysia.

Semua ini perlu diterima sebagai satu usaha anjakan paradigma dan perubahan minda Melayu, supaya hasrat untuk melihat Melayu tolong Melayu dapat dilahirkan dengan ikhlas.
- OTHMAN BIN ISMAIL,
Setiausaha Kehormat,
DPMMNS
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan