BANTU SYARIKAT YANG MEMPUNYAI REKOD CEMERLANG
SUNGAI SIPUT 18 Jun - Kerajaan diminta menjalankan bancian serta menyimpan rekod syarikat milik Melayu yang mampu bertahan lebih lima tahun bagi memudahkan syarikat itu dibantu untuk berkembang.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, sekiranya syarikat Melayu itu menunjukkan pencapaian baik dalam perniagaan, kerajaan Pusat atau negeri perlu membantu mereka.
“Kita tidak mahu melihat syarikat Melayu yang mempunyai ciri-ciri baik dan dinamik gagal berkembang disebabkan tidak mendapat sokongan kewangan atau akses lain daripada kerajaan.
“Gabem meminta kerajaan negeri atau pihak berkuasa berkaitan menjalankan kaji selidik, menyimpan rekod atau bancian terhadap syarikat-syarikat yang baik ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan ke-41 Koperasi Kemajuan Tanah Perak Bhd. di Dewan Konvensyen Taman Tun Sambathan, di sini.
Menurut Abdul Rahim, rekod itu juga boleh mengelakkan kerajaan tersilap memberi sumbangan kepada syarikat tidak layak.
“Kita tidak mahu lagi mengulangi kesilapan masa lalu di mana kita memberi peluang kepada orang kurang layak atau tidak patut menerima bantuan.
“Golongan ini apabila diberi peluang telah gagal mencapai hasrat dikehendaki, malah ada juga yang menyalah gunakan bantuan,'' katanya.
Abdul Rahim berkata, memberi sokongan kepada syarikat yang benar-benar berkemampuan adalah sesuai dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan pengagihan peluang ekonomi dibuat secara adil dan saksama.
Katanya, Koperasi Kemajuan Tanah Perak Bhd. misalnya, merupakan sebuah syarikat milik Melayu yang berjaya apabila mampu kekal bertahan di pasaran sejak 1953.
Beliau berkata, bukan calang-calang syarikat boleh bertahan lama dalam perniagaan kerana kajian di Amerika Syarikat menunjukkan mereka yang mula-mula berniaga, 70 peratus daripadanya akan gagal sebelum mencapai usia lima tahun.
Dipetik dari Utusan Malaysia

0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan