Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) terus melangkah dengan menubuhkan Gabem Academy of Excellent (Gabex) yang berfungsi memberikan pengetahuan dan ilmu keusahawanan kepada mereka yang berminat dalam bidang perniagaan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tambychik berkata, Gabex akan membantu ahli-ahli perniagaan Melayu yang baru di bawah pelaksanaan skim Pusat Aspirasi Daya Saing Usahawan (Padu). Katanya, Gabem tidak boleh terus menanti sebaliknya akan bergerak selaras dengan hasrat penubuhannya bagi membantu orang Melayu dalam bidang ekonomi. Beliau yang ditemui disatu majlis di Melaka baru-baru ini menjelaskan bahawa peranan Gabem semakin diterima oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang ekonomi termasuk kelompok usahawan Melayu.
|