Dakwaan ASLI bersifat perkauman
"Biar apapun niat institut itu membuat kajian, ia tetap dianggap berbaur perkauman - Tan Sri Rahim, Pengerusi Gabem

PULAU PINANG 9 Okt. – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menyifatkan kajian Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI) yang mendakwa orang Melayu sudah menguasai 45 peratus ekonomi negara, didorong oleh cauvinisme kaum.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menegaskan, kajian berkenaan jelas mengatasi sikap rasional dan institusi itu dilihat cuba menafikan fakta sebenar pemilikan ekonomi orang Melayu.

Malah beliau berkata, biar apa pun niat institut itu menjalankan kajian berkenaan ia tetap dianggap berbaur perkauman.

“Kita lihat fakta ini berdasarkan kajian yang dijalankan di beberapa bandar, orang Melayu hanya menguasai sektor perniagaan sebanyak enam peratus masing-masing di Seremban, Pulau Pinang dan Klang manakala Melaka (tujuh peratus) serta Petaling Jaya (lima peratus).

“Angka-angka itu jelas menunjukkan di mana kedudukan dan penguasaan ekonomi orang Melayu. Oleh itu, kita anggap pihak yang melakukan kajian itu bukan sahaja silap tetapi bersikap tidak bertanggungjawab,” tegasnya.

Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia di sini hari ini sebagai mengulas kajian ASLI bertajuk Pengagihan Ekuiti Korporat: Arah Aliran Lalu dan Polisi Masa Depan yang mendakwa bumiputera sudah mencapai ekuiti ekonomi dalam negara sehingga 45 peratus iaitu melepasi sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebanyak 30 peratus.

Keadaan itu menimbulkan persoalan pelbagai pihak yang tertanya-tanya bagaimana bumiputera mencapai tahap tersebut sedangkan penguasaan ekonomi bumiputera ketika ini hanya 18 peratus.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini menyifatkan jika kajian itu digunakan sebagai asas perbincangan oleh satu badan pemikir yang terkenal itu, ia boleh mencetuskan pelbagai reaksi yang akhirnya menyebabkan tuduh-menuduh
0 Comments:
Post a Comment
<< Kembali
 


Biodata
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email RTC


Pejabat
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000


Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Gabem Sana Sini





Akhbar Hari Ini
Pautan