Tan Sri Rahim dan isteri, Puan Sri Zabedah menyampaikan duit raya untuk anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah "Orang-orang yang mengasihi akan dikasihi oleh Allah Arrahman. Kasihanilah orang yang di bumi nescaya kamu dikasihani oleh yang di langit" - Asysya'bi dari Umar r.a Sebahagian daripada tetamu yang hadir di majlis tersebut "Bertawakallah kamu kepada Allah, lakukanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakatmu dengan senang hati, taatilah orang yang memegang urusanmu, engkau akan masuk syurga Tuhanmu." - Sabda Rasulullah s.a.w MELAKA, 15 Oktober 2006 – Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri untuk 65 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah,Bukit Katil dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di sini.
Di majlis tersebut Tan Sri Abdul Rahim yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berharap dengan sedikit sumbangan ini akan membawa keceriaan kepada anak-anak yatim tersebut menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.
Beliau juga menyeru semua pihak yang diberi kelebihan oleh Allah s.w.t agar tidak melupa golongan yang kurang bernasib baik terutama menjelang sambutan Aidilfitri.
Bercakap sebagai Pengerusi Gabem, beliau mahu budaya orang Melayu berniaga di bulan puasa tidak dijadikan perniagaan bermusim malah diteruskan sepanjang tahun.
Katanya, budaya berniaga di bazar-bazar ramadhan seluruh negara sebenarnya satu perkembangan yang baik bagi orang Melayu tetapi bila ianya hanya sekadar perniagaan bermusim sudah tentu tidak akan membantu bumiputera untuk meningkat dalam bidang ekonomi.
“Gabem memandang serius budaya ‘sebulan’ berniaga di kalangan orang Melayu sedangkan menjadi hasrat Gabem untuk melihat orang Melayu menjadikan perniagaan sebagai satu pekerjaan tetap dan terjamin.” katanya
Menurutnya, Gabem akan mengambil kira keadaan ini dan akan mencari jalan terbaik agar minat dan kesungguhan untuk berniaga ini akan dijadikan budaya perniagaan sepanjang tahun.
|